Assalammualaikum,
Hidup ini kalau boleh aku rasa nak duduk dengan keluarga sahaja sudah mencukupi. Ada seorang perempuan yang aku kenal bagi dia diri dia sangat sangat sempurna sampai apa yang kita cakap semua salah dia sahaja yang betul .
Hampir setiap minggu kalau sekali pun aku ada sekali tak ikut cakap dia mula lah angin kus kus dia ikut kepala dia sahaja . Suka cerita kat keluarga dia walaupun keluarga dia taknak pun tahu , tapi dia yang mulakan cerita , Dia cakap kaklong dia macam tu ego tidak mahu dengar pandapat orang walhal dia yang seperti tu.
Kita sebagai orang muda malas ambil pusing sebaiknya mengucap dah berdiam diri ketiaka berhadapan dengan makhluk seperti ini , jujur aku cakap aku suka bercakap dengan dia tapi kadang kala menjengkelkan patut lah kawan kawan nya sekadar mempergunakan dia sebab kadang kala menyakitkan hati.
Aku pun tak pasti mengapa aku dah keras hati dengan dia , dulu aku tidak melayani dia sedemikian akan tetapi aku sangat sakit hati sejak peristiwa hari raya Aidilfitri lalu (2021) sebabnya dia sebelum hari raya tersebut langgar motor aku tapi dahla gelak gelak sahaja lepas tu konon merajuk membawa diri macam kita saja yang salah kalau orang tengok . Esoknya pagi raya kakak aku senyum padanya tapi dia buat macam kita orang tak wujud saja ambil kunci dan berlalu pergi .
Sejak itu aku berasa kenapa nak pesan pesan konon risaukan aku sedangkan masa buat perangai tak peduli pon perasaan orang . Aku boleh sahaja buat macam biasa cuma aku tak lupa apa yang dia buat .Kalau nak pinggirkan aku , aku tidak kisah tapi tiada sebab untuk dia pedulikan kakak aku yang tidak bersalah.
Aku sakit hati sangat bila dia buruk buruk kan aku pada semua orang , dulu aku tidak bercerita sekarang aku meniru dia bercerita juga dengan kakak ku kerana aku stress dengan perangai nya ikut kepala batu dia sahaja . Sedikit sebanyak aku belajar hadam dengan perangainya . Aku tak minta pon dia belanja apa apa sebab tak nak terhutang budi , pernah sekali dia bercerita pada emaknya yang dia bayar billl elektrik seorang padahal dia yang tak beri bill untuk kita bayar baru 2 kali sahaja dia bayar aku terus minta untuk bayar semula , aku taknak peristiwa berulang kembali.
BERSAMBUNG....
Comments
Post a Comment