Episod 1
Assalammualaikum,
Pernah atau tidak korang bertanya pada diri korang kenapa kehidupan korang sama sahaja dan tiada perubahan .
Itulah yang bermain dalam fikiran aku sekarang yang dimana kita mahukan perubahan tapi kita menyangkalnya kerana tidak pasti mahu bermula dari mana atau teruskan sahaja hidup dengan perkara yang sama tanpa memulakan sebarang perubahan,Sebagai manusia tentu saja kita mahukan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga YA terutamanya untuk keluarga,
Sekarang hampir pertengahan umur 20 an pon aku masih belum mampu menyenangkan mak , dan sangat berharap mampu buat mak hanya duduk dirumah dan menikmati hari hari tuanya dengan menyiram pokok bunga kegemarannya , sambil berehat dan bersantai tanpa perlu bekerja lagi.
Sungguh aku dalam dilema bukannya aku tak bahagia dengan kehidupan sekarang aku bahagia dan rasa bersyuker sangat kerana memiliki mak yang baik tak macam mak mak orang lain , adik beradik yang terlalu baik bahkan aku yang tidak layak untuk memiliki mereka . Sebetulnya , aku sangat bersyukur memliki mereka sebagai keluarga ku bukan setakat itu sahaja aku juga sangat bertuah.Inilah rezeki yang paling mahal yang diberi Allah SWT (sebak walau hanya menulis) aku rasa aku takkan mampu ucapkan ini dihadapan mereka. Aku rasa tak mampu untuk berhadapan dengan mereka untuk bermaaf maafan sebelum jadi apa apa atau dijemput Allah YA aku ego dan malu .
Bersambung......
Comments
Post a Comment